Tuesday, April 12, 2011

BIDANG DALAM SENI VISUAL....

 1)  Terdapat  beberapa bidang dalam seni visual iaitu :
  • asas seni reka
  • komunikasi visual
  • seni halus
  • reka bentuk
  • kraf tradisional
2)  bagi asas seni reka ,unsur seni yang boleh didedahkan iaitu :
  • unsur seni reka - merangkumi garisan,rupa,bentuk,jalinan,warna dan ruang.
  • prinsip rekaan - merangkumi harmoni,penegasan,imbangan,kontra,irama dan pergerakan,kepelbagaian  dan juga kesatuan.
3)  Bagi komunikasi visual pula terdapat beberapa pecahan iaitu :
  • grafik
  • simbol dan logo - reka bentuk grafik yang diringkaskan daripada bentuk alam semula jadi atau alam benda
  • iklan - merupakan konsep grafik persekitaran yang terdapat di sekeliling kita untuk menarik perhatian masyarakat
  • risalah - reka bentuk grafik yang memberi penerangan dan maklumat tentang sesuatu produk berkaitan dengan promosi,pengiklanan,dan penerangan.
  • pembungkusan - merupakan bekas yang digunakan untik melindungi dan menjaga kualiti sesuatu barangan.
  • kaligrafi dah khat - berasal dari perkataan Yunani,iaitu Kalios yang bermaksud tulisan yang indah dan cantik.
3)  Dalam seni halus pula terdapat 4  bidang iaitu :
  • lukisan - ialah hasil seni visual yang bermula daripada penghasilan garisan yang membentuk imej 2 dimensi. ia didominasikan dengan menggunakan media kering seperti pensil,arang,pen mata bola dan lain2.
  • catan - proses mewarna menggunakan bahantara warna seperti cat air,cat akrilik,cat minyak dan sebagainya diatas permukaan rata seperti kanvas,kertas dan lain2.
  • arca - berasal dari perkataan latin iaitu Sculpere yang bermaksud proses mengukir,menebuk,memotong dan melarik serta menggores.
  • cetakan - ialah proses terapan blok(plat) ke atas permukaan seperti kertas,kain,plastik,atau bahan2 lain.
4)  kraf tradisional  dapat ditonjolkan dalam 2 bahan iaitu :
  • batik - bermaksud titik dalam bahasa melaytu dan bermaksud setitik lilin dalam bahasa jawa..dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna ke atas kain putih.
  • tenunan - bermaksud proses menyilang benang secara selang seli hingga menjadi kain.tenunan dihasilkan melalui sejenis alat iaitu dikenali sebagai kek tenun.

No comments:

Post a Comment